Hati sedang kecewa dan terluka? Hati sedang sangat
lemah? Tidak tenang?
Didalam dunia ini, tiada siapa yang mahu merasa kecewa
dan terluka. Apatah lagi menjadi lemah akibat daripada permainan perasaan ini.
Merasa lemah dan tidak tenang sehinggakan air mata ingin sekali untuk menitis
setiap waktu.
Cinta itu ada pasang surutnya. Setiap pertemuan pasti
bertemu perpisahan.
Namun bukan semua masalah kekecewaan berlaku kerana
percintaan & masalah jodoh. Ada juga yang kecewa mungkin kerana perkara
lain. Boleh jadi akibat terluka dengan tindakan ibu bapa. Malah, mungkin juga
berkecil hati dengan sikap anak – anak kita.
Pendek kata banyak perkara yang membuatkan hati kita
menjadi remuk rendam dan membuatkan kita merasa lemah.
Kita ingin mengelak daripada kelihatan lemah. kita
berpura – pura kuat. Kita tersenyum, tetapi dalam hati siapa yang tahubetapa peritnya hati kita. Sampai
bila kita harus berpura – pura?
Ingatlah, kita semua adalah manusia. Manusia yang
dikurniakan hati dan perasaan. Ada perasaan lemah & duka.
Mungkin disaat anda sedang membaca artikel ini, anda
sedang merasa lemah dan kecewa. Hati anda merasa tidak tenang. Mungkin sahaja
anda terjumpa artikel ini dari link FB ataupun tergoggle entri ini secara tidak
sengaja.
Bismillah, izinkan saya berkongsi beberapa cara untuk menguatkan dan
menenangkan kembali hati yang sedang lemah. Insyaallah, saya juga hamba Allah
yang pernah mengalami situasi ini, semoga beberapa petua yang dikongsikan ini
dapat memberi membantu anda juga.
1. Membaca Surah Yassin
Mungkin selama ini kita kurang membaca Al – Quran atau
jarang sangat membuka kitab suci ini. Mungkin ini salah satu sebab kita mudah
untuk terganggu dan merasa tidak tenang. Oleh itu marilah kita kembali
menghidupkan amalan ini.
Semasa saya sedang mengalami “keserabutan” dulu, saya
mengamalkan membaca surah Yassin setiap kali selesai solat. Alhamdulillah,
setiap kali usai membaca Yassin, saya akan merasa tenang.
Memang surah ini mempunyai aura yang mampu menenangkan
hati. Setelah itu, boleh beransur menambah bacaan dengan membaca surah – surah
yang lain. Sangatt menenangkan hati
Bagaimana jika sedang haid? Dengarlah bacaan surah ini
melalui mp3, etc..
2. Solat Sunat Tahajjud
Bangunlah melakukan solat malam iaitu solat sunat
Tahajjud. Tujuan solat Tahajjud adalah untuk menguatkan jiwa dan mendapatkan ketenangan dalam menghadapi dugaan hidup. Amalan
ini adalah antara amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah dan
para sahabat.
Usolli Sunnatal Tahajjud Rak’ataini Lilaahi Ta’ala,
Allahu Akbar.
” Sahaja aku Solat Sunat Tahajjud dua rakaat kerana
Allah Ta’ala “
Pada rakaat pertama bacalah Al-Fatihah Selepas itu
surah Al-Kafirun & Rakaat kedua bacalah Al-Fatihah, selepas itu surah
Al-Ikhlas. Solat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan
dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu salam.
Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat.
Selepas itu berdoalah. Berdoalah
apa sahaja. Adukan masalah kita direct kepada Allah. Mintalah
ketenangan hati.
Jika anda kelu untuk
berdoa, anda boleh amalkan doa ini:
اللهم اني اعوذ بك من الهم
والحزن, واعوذ بك من العجز والكسل, واعوذ بك من الجبن والبخل, واعوذ بك من غلبة الدَّين
وقهر الرجال
‘Allahumma innee A’oothu bika minal hammi wal hazan,
wa a’outhu bika minal ajzi wal kasal, wa a’outhu bika minal jubni wal bukhl, wa
a’outhu bika min ghalabatid deyni wa gahrir rijal.’
(Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari
kebimbangan dan kepiluan. Aku berlindung kepadaMu dari ketidakupayaan dan
kelalaian. Aku berlindung kepadaMu dari perbuatan pengecut dan sifat kedekut.
Dan aku mencari perlindungan dariMu daripada hutang dan penindasan
manusia)
** tips supaya mudah nak bangun **
– Berwudhuk sebelum tidur
– Baca surah Al Mulk atleast 10 ayat (paling malas la
tu..)
– Baca doa tido dan niat dalam hati “Ya Allah, aku memohon kepada Mu supaya
bangunkan aku pada waktu paling afdhal untuk berdoa pada Mu“
– Kunci jam
3. Banyakkan Istigfar Dan Berzikir
·
La
haula wala quwwata illa billah (Tiada daya upaya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan
Allah)
·
Hasbunallaah
wa ni’mal wakiil (Cukuplah Allah
menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baiknya Pelindung)
– Harus
diingat, zikir bukan sahaja di mulut tetapi harus sampai masuk ke hati.
4. Elakkan Mendengar Lagu Bertema Kecewa – Kekecewaan
Ini penting kepada mereka yang baru sahaja mengalami
putus cinta / tunang, sila hindari dari suasana yang boleh membuatkan anda
sebak. Elakkan mendengar lagu yang bertemakan putus cinta & kecewa.
KIta ingin menenangkan hati, bukan ingin menyesakkan hati kan?
Jangan menabur garam diatas luka kerana ianya pedih. Biarlah dahulu luka itu
sembuh :)
5. Sentiasalah mengingati Allah
Ini yang paling penting sekali. Sentiasa mengingati
Allah. Yakinlah dengan sepenuh hati bahawa Allah maha
mengetahui dan sentiasa bersama kita walaupun apa pun.
Apa yang membuat kita sedih, Allah lebih Maha Kuasa
Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi kita. Yakinlah kesedihan dan rasa tidak tenang
yang Allah beri itu adalah agar kita kembali mengingatiNYA. He
loves you no matter what =)
“Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati
menjadi tenteram.” ( QS Ar Ra’d : 28 )
“Janganlah
kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.” ( QS.At -Taubah
: 40 )
Tidak ada komentar:
Posting Komentar